Friday, March 9, 2018

PENGENALAN


Gajet adalah suatu peranti atau instrumen yang memiliki tujuan dan fungsi spesifik yang berguna yang umumnya diberikan terhadap sesuatu yang baru. Contohnya, komputer merupakan alat elektronik yang memiliki pembaharuan berbentuk gajet, iaitu laptop,  notebook atau netbook dan telefon rumah merupakan alat elektronik yang memiliki pembaharuan berbentuk gajet, iaitu telefon bimbit atau telefon pintar.

Dalam perkembangannya, gajet yang dahulu cenderung hanya dapat dimiliki oleh kaum yang berada atau kaya sahaja kerana harganya yang relatif mahal pada waktu itu. Kini dapat dimiliki oleh siapa saja kerana harga gajet sangat berpatutan dan mampu milik. Namun, tidak akan terlepas dari baik dan buruknya kesan aplikasi gajet. Teknologi jelas mempengaruhi perkembangan anak-anak. Pengaruh gajet terhadap institusi keluarga akan serba sedikit terjejas. Matlamat ringkasan ini adalah untuk mengetahui pengaruh gajet terhadap institusi keluarga serta mengetahui bagaimana cara untuk mencegah pengaruh buruk. Sebuah peranti teknologi merupakan media pembelajaran yang sangat efektif juga dapat membantu daya kreativiti anak, jika pemanfaatnya diimbangi dengan interaksi dengan lingkungan sekitarnya dengan terlalu membebaskan anak dibawah umur menggunakan teknologi yang terlalu canggih seperti gajet maka itu dapat mengubah perilaku seorang anak, untuk itu peranan orang tua sangat penting dalam institusi keluarga.

Oleh itu, penulisan ini menekankan untuk membahas aplikasi gajet mempengaruhi nilai keperibadian institusi keluarga, kebaikan aplikasi gajet dan langkah-langkah mengatasi penyalahgunaan aplikasi gajet dalam institusi keluarga.

No comments:

Post a Comment