Kebelakangan ini, perubahan perilaku hubungan kekeluargaan
menjadi semakin serius. Bahkan sejak anak-anak masih bayi. Hal ini boleh dilihat
dari hasil kajian yang
menemukan aplikasi gajet mempengaruhi pola pengasuhan. Sekitar dua per tiga ibu
bapa menghiburkan anak-anak mereka dengan aplikasi gajet. Namun, lebih dari
setengah ibu bapa merasa prihatin atas banyak masa yang anak mereka habiskan
bersama peranti gajet. Antara keburukan penggunaan gadjet ialah :
1) Alat Penyebaran
Bahan Lucah
Telefon bimbit telah disalah gunakan sebagai alat
penyebaran bahan lucah. Penyebaran video-video lucah mahupun gambar berunsur lucah
sangat berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja. Kemampuan telefon bimbit
dalam menghantar SMS, MMS, merakam, memuat turun gambar dan video menjadikan
kegiatan dan aktiviti anak-anak sekarang menjadi tidak terkawal dan
membimbangkan banyak pihak. Selain itu, kita bimbang sekiranya remaja sudah
pandai untuk menghantar mesej-mesej yang berunsur lucah dengan rakan-rakan di
sekolah kerana bimbang ia akan menjatuhkan maruah individu yang terbabit.
Mereka yang masih muda sememangnya mempunyai keinginan untuk mencuba dan
melihat sesuatu yang baru. Malangnya, kebanyakan remaja zaman kini menjadi
ketagih dengan aktiviti penyebaran gambar dan video berunsur lucah melalui
telefon bimbit. Sekiranya keadaan ini dibiarkan akan mendatangkan impak yang
teruk terutamanya kepada remaja kerana dikhuatiri situasi ini menular kepada
masalah lain seperti kes rogol, berzina, menjalinkan hubungan seks bebas dan
mangandung anak luar nikah.
2) Hubungan
Kekeluargaan Yang Semakin Renggang
Keburukan penggunaan aplikasi gajet juga dilihat
menerusi hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Jika diperhatikan dengan
jelas, kebanyakan masyarakat kita seolah-olah tidak mempedulikan perihal
keluarga masing-masing. Mereka seakan-akan tidak mahu mewujudkan komunikasi
yang harmoni bersama-sama keluarga. Contoh yang dapat dilihat apabila sebuah
keluarga yang keluar makan bersama-sama, mereka sibuk dengan telefon bimbit
masing-masing sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas. Keadaan ini
tidak seharusnya terjadi kerana keluarga tergolong dalam kalangan orang
terpenting dalam kehidupan kita. Perbualan yang terlampau kurang akan
menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi sangat renggang dan menjauhkan jarak
hubungan masing-masing. Situasi atau masalah ini akan menular kepada anak-anak
sekiranya ibu bapa tidak tahu memainkan peranan masing-masing. Anak-anak
berkemungkinan besar akan menjadi sangat tersisih dan menjadikan mereka
individu yang pasif dewasa kelak. Hal ini tidak seharusnya berlaku kepada
masyarakat kita kerana bimbang masa depan anak-anak bakal terjejas. Penggunaan
telefon bimbit tidak salah tetapi haruslah bijak menggunakannya dan tidak
terlalu lalai dengan kemajuan dunia sehingga melupakan perkara terpenting dalam
hidup.
3) Penyebaran
Fitnah Atau Khabar Angin
Seterusnya, penggunaan aplikasi gajet boleh membawa
kepada masalah penyebaran fitnah atau khabar angin. Manusia tidak lari
daripada menyuarakan sesuatu tidak kira sama ada perkara tersebut dianggap
benar mahupun tidak benar. Berita mengenai khabar angin yang disebarkan kadang
kala boleh menjatuhkan seseorang dan ini bukanlah satu perkara yang baik malah
harus dielakkan. Penggunaan SMS sememangnya telah menjadi kaedah utama dalam
menyebarkan khabar angin tidak benar atau fitnah terhadap seseorang. Cara ini
dilakukan apabila seseorang menghantar kiriman SMS tentang khabar angin palsu
mengenai seorang individu kepada individu yang lain. Kepada pihak yang
mempercayai secara terbuka tanpa usul periksa akan menyebarkan kepada pihak
lain sebagai bahan cerita tanpa bukti yang sahih. Ini akan memberi kesan
negatif kepada individu terlibat atau pihak-pihak tertentu.
4) Pembaziran
Masa
Sesetengah pihak menganggap penggunaan telefon bimbit
dalam kalangan remaja membazirkan waktu. Ramai pihak yang bersetuju dengan
kenyataan ini terutamanya golongan ibu bapa. Telefon bimbit yang canggih
mempunyai banyak kelebihan fungsi yang boleh melalaikan para pelajar. Masa
mereka akan banyak dihabiskan dengan bermain ‘games’, melayari internet
terutamanya Facebook dan Twitter, memuat turun lagu-lagu kegemaran, video, dan
memuat naik gambar profil, berchatting dan berSkype. Waktu mereka yang terluang
sepatutnya diisi dengan aktiviti beriadah, belajar dan meluang masa bersama
keluarga namun kesan penggunaan telefon bimbit telah menyebabkan mereka
membuang masa begitu sahaja. Kesan yang mendatang dapat dilihat menerusi
kemerosotan prestasi pelajaran di sekolah anak-anak, ketidakhadiran di sekolah
dan sukar memeberi tumpuan di dalam kelas.
5) Pembaziran
Wang
Penggunaan telefon bimbit bukan sahaja membazirkan
masa tetapi turut menyebabkan pembaziran wang ringgit. Kebanyakan kita
menggunakan kad prabayar atau pasca bayar untuk membuat isian semula kredit
bagi memudahkan kita membuat panggilan, kiriman SMS, MMS atau melayari
internet. Malah individu yang menggunakan kad prabayar ini tidak memperuntukkan
jumlah tertentu dan hanya bergantung kepada kadar penggunaannya. Ada ketikanya
kad prabayar bernilai RM50 boleh dihabiskan dalam masa seminggu. Semakin banyak
kadar penggunaan semakin banyak kos yang dikeluarkan untuk menambah nilai
kredit. Selain itu, terdapat juga kalangan individu yang gemar bertukar-tukar
telefon bimbit. Mereka terlalu ghairah untuk memiliki pelbagai jenis telefon
bimbit kerana kepelbagaian fungsi yang terdapat di dalamnya. Dalam pada itu,
individu yang menukar telefon bimbit kerana ingin bergerak seiring dengan
‘trend’ semasa. Mereka tidak mahu dikatakan ketinggalan di belakang. Sesetengah
pelajar sanggup menggunakan duit belanja untuk membeli telefon bimbit dan ada
pula yang menggunakan biasiswa atau pinjaman yang diberikan. Keadaan ini akan
merugikan mereka. Tambahan pula, individu yang gemar bertukar telefon bimbit
mungkin ingin menunjukkan kepada rakan mereka. Walau apa pun yang kita lakukan
perlulah diselaraskan dengan bajet dan kemampuan masing-masing kerana ianya
boleh mendatangkan kesan negatif kepada seseorang individu.
6) Menjejaskan
Pelajaran
Bagi kalangan pelajar sekolah, penggunaan telefon
bimbit selalunya mendatangkan keburukan di mana pelajaran mereka boleh terjejas
sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti
dengan masa melayan telefon bimbit. Ibu bapa yang tidak memantau aktiviti
anak-anak mungkin tidak menyedari anak mereka terlalu leka berbual dan barbalas
SMS. Ianya sekaligus malalaikan mereka terutamanya apabila telefon bimbit
dibawa ke sekolah. Pelajar-pelajar sukar memberi tumpuan sepenuhnya di dalam
kelas kerana terlalu asyik bermain dengan telefon bimbit daripada mendengar
guru mengajar. Tanpa disedari, keadaan ini telah menjadikan pelajar ketagih
sehingga tidak mahu menyiapkan kerja sekolah. Kebenaran membawa telefon bimbit
di sekolah menggalakkan lagi para pelajar untuk melakukan sesuatu perkara yang
tidak baik misalnya meniru sewaktu peperiksaan. Dengan adanya telefon bimbit
para pelajar beranggapan bahawa mereka tidak perlu bersusah payah untuk
menelaah buku selama berjam-jam dan bersusah payah untuk belajar sehingga lewat
malam. Hal ini kerana dengan penggunaan telefon bimbit sahaja mereka dengan
mudah untuk meniru sewaktu peperiksaan berlangsung. Kebenaran untuk membawa
telefon bimbit harus dipertimbangkan oleh banyak pihak kerana ianya lebih
banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
7) Menjejaskan
Kesihatan
Di sebalik semua perkembangan teknologi, ramai yang
tidak mengambil serius terhadap kesan sampingan yang bakal dihadapi. Ramai yang
menolak kebenaran berkenaan khabar angin yang mengatakan bermacam jenis
teknologi mungkin mengancam kesihatan atau keselesaan hidup. Terdapat pula
individu yang membuat pelbagai andaian dan bertindak melulu tanpa maklumat yang
sahih. Bagaimanapun, dengan kurangnya kesedaran mengenai kesihatan diri maka
kebanyakan individu menggunakan telefon bimbit secara tidak terhad. Para
pengkaji telah membuat beberapa kajian yang melibatkan kesan penggunaan telefon
bimbit terhadap kesihatan manusia misalnya penggunaan telefon bimbit yang
terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan. Mata terpaksa bekerja kuat dan akan
menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau lama pada skrin yang
kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk mengadap
telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas SMS. Di
samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu
kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Masyarakat zaman moden lebih banyak
bergantung dengan pelbagai jenis teknologi kerana setiap pekerjaan menjadi
mudah tanpa perlu bersusah payah. Kebergantungan terhadap teknologi seperti
telefon bimbit mempunyai kebaikan dan keburukan. Selain itu, penggunaan telefon
bimbit turut merisikokan nyawa seseorang daripada diserang tumor telinga akibat
penggunaan telefon bimbit yang melebihi jangkaan sepuluh tahun.
Setiap daripada kita haruslah diingatkan supaya tidak
terlalu obses dengan telefon bimbit kerana secara tidak langsung boleh
memudaratkan diri sendiri. Mungkin ini adalah sebahagian daripada gaya hidup
masyarakat kita yang mahu kelihatan tampak bergaya dan mengikut ‘trend’ namun
hendaklah dilakukan secara berpada-pada supaya tidak mengabaikan keperluan lain
dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment