1) Memperbanyakkan Aktiviti Bersama Keluarga
Boleh juga dengan melakukan aktiviti yang sihat
bersama anak anda seperti membuat kek bersama, menyiram pokok atau bersukan
untuk mengurangkan lagi masa mereka dengan alat gajet. Hal ini dapat
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Selain itu dapat memupuk nilai kasih
sayang dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2) Menghadkan Aplikasi Gajet
Ibu bapa haruslah menghadkan penggunaan gajet ini
kepada anak-anak dengan adakan peraturan di rumah jika ingin menggunakan gajet. Kaedah yang
baik ialah merancangkan jadual masa. Contoh, ia dibenarkan untuk menggunakan
alat peranti mereka pada hujung minggu atau semasa cuti, dengan syarat bahawa
ia tidak pada tempoh peperiksaan Oleh itu, serba sedikit masalah aplikasi
gajet dapat dibendung.
3) Sentiasa Mengawasi Perilaku Anak-Anak
Ibubapa juga perlu berhati-hati dengan apa yang
anak-anak anda tonton atau berkaitan dengan alat gajet mereka gunakan, dan
sentiasa menasihati mereka untuk tidak mendaftar di mana-mana talian/sosial
media tanpa kebenaran. Tetapi pastikan ibu bapa sentiasa konsisten
mengawasi masa anak-anak. Sebaiknya diajar pada usia muda mereka.
4) Jadikan
Gajet Sebagai Bahan Ganjaran
Selaku ibu bapa, anda boleh menggunakan kaedah ini
untuk menyuruh anak anda melakukan sesuatu. Sebagai ganjaran, mereka akan
diberikan masa untuk bermain gajet. Sebagai contoh, dengan membasuh kereta
mereka mendapat 1 jam masa tambahan untuk menggunakan gajet. Di samping
mengajar anak melakukan kerja-kerja rumah, anda juga turut dimudahkan.
5) Menggunakan
Gajet Sebagai Hukuman
Selaku
ibu bapa yang bermurah hati memberikan gajet untuk anak-anak anda bermain. Jadi
anda juga turut boleh mengambilnya semula. Jadi gunakan gajet ini sebagai
hukuman. Sebagai contoh, sekiranya mendapat B dalam prestasi di sekolah, mereka
tidak boleh bermain gajet untuk sebulan. Contoh lain adalah sekiranya mereka
berlaku nakal, atau berkata kasar, andaboleh mengambil semula gajet sehinggalah
mereka belajar tidak melakukan semula.
No comments:
Post a Comment