Friday, March 9, 2018


JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

DUA 6022
( KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM)

PROJEK
TAJUK:
APLIKASI GAJET MEMPENGARUHI NILAI KEPERIBADIAN INSTITUSI KELUARGA


DISEDIAKAN KEPADA:
USTAZ ZULKIFLI BIN AWANG BESAR(JABATAN PENGAJIAN AM PKB)

DISEDIAKAN OLEH:


NUR SYAFIQAH ZULKIPLI
04DKA15F2017
DKA5B
NURUL MAWADDAH MOHD RIDHUAN
04DKA15F2109
DKA5B

KONKORDANSI


  • Objektif Penulisan
  • Pengenalan
  • Keburukan Penggunaan Gajet
  • Manfaat Gajet Untuk Semua Peringkat
  • Langkah-Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Aplikasi Gajet Dalam Institusi Keluarga
  • Kesimpulan dan Saranan
  • Lampiran 
  • Sumber Rujukan

OBJEKTIF PENULISAN


    Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti bagaimana aplikasi gajet mempengaruhi nilai keperibadian institusi keluarga. Selain itu dapat mengetahui manfaat aplikasi gajet untuk semua peringkat umur. Di samping itu, mampu memperoleh langkah-langkah mengatasi penyalahgunaan aplikasi gajet dalam institusi keluarga.

PENGENALAN


Gajet adalah suatu peranti atau instrumen yang memiliki tujuan dan fungsi spesifik yang berguna yang umumnya diberikan terhadap sesuatu yang baru. Contohnya, komputer merupakan alat elektronik yang memiliki pembaharuan berbentuk gajet, iaitu laptop,  notebook atau netbook dan telefon rumah merupakan alat elektronik yang memiliki pembaharuan berbentuk gajet, iaitu telefon bimbit atau telefon pintar.

Dalam perkembangannya, gajet yang dahulu cenderung hanya dapat dimiliki oleh kaum yang berada atau kaya sahaja kerana harganya yang relatif mahal pada waktu itu. Kini dapat dimiliki oleh siapa saja kerana harga gajet sangat berpatutan dan mampu milik. Namun, tidak akan terlepas dari baik dan buruknya kesan aplikasi gajet. Teknologi jelas mempengaruhi perkembangan anak-anak. Pengaruh gajet terhadap institusi keluarga akan serba sedikit terjejas. Matlamat ringkasan ini adalah untuk mengetahui pengaruh gajet terhadap institusi keluarga serta mengetahui bagaimana cara untuk mencegah pengaruh buruk. Sebuah peranti teknologi merupakan media pembelajaran yang sangat efektif juga dapat membantu daya kreativiti anak, jika pemanfaatnya diimbangi dengan interaksi dengan lingkungan sekitarnya dengan terlalu membebaskan anak dibawah umur menggunakan teknologi yang terlalu canggih seperti gajet maka itu dapat mengubah perilaku seorang anak, untuk itu peranan orang tua sangat penting dalam institusi keluarga.

Oleh itu, penulisan ini menekankan untuk membahas aplikasi gajet mempengaruhi nilai keperibadian institusi keluarga, kebaikan aplikasi gajet dan langkah-langkah mengatasi penyalahgunaan aplikasi gajet dalam institusi keluarga.

KEBURUKAN PENGGUNAAN GAJET


Kebelakangan ini, perubahan perilaku hubungan kekeluargaan menjadi semakin serius. Bahkan sejak anak-anak masih bayi. Hal ini boleh dilihat dari hasil kajian yang menemukan aplikasi gajet mempengaruhi pola pengasuhan. Sekitar dua per tiga ibu bapa menghiburkan anak-anak mereka dengan aplikasi gajet. Namun, lebih dari setengah ibu bapa merasa prihatin atas banyak masa yang anak mereka habiskan bersama peranti gajet. Antara keburukan penggunaan gadjet ialah :

1)         Alat Penyebaran Bahan Lucah
Telefon bimbit telah disalah gunakan sebagai alat penyebaran bahan lucah. Penyebaran video-video lucah mahupun gambar berunsur lucah sangat berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja. Kemampuan telefon bimbit dalam menghantar SMS, MMS, merakam, memuat turun gambar dan video menjadikan kegiatan dan aktiviti anak-anak sekarang menjadi tidak terkawal dan membimbangkan banyak pihak. Selain itu, kita bimbang sekiranya remaja sudah pandai untuk menghantar mesej-mesej yang berunsur lucah dengan rakan-rakan di sekolah kerana bimbang ia akan menjatuhkan maruah individu yang terbabit. Mereka yang masih muda sememangnya mempunyai keinginan untuk mencuba dan melihat sesuatu yang baru. Malangnya, kebanyakan remaja zaman kini menjadi ketagih dengan aktiviti penyebaran gambar dan video berunsur lucah melalui telefon bimbit. Sekiranya keadaan ini dibiarkan akan mendatangkan impak yang teruk terutamanya kepada remaja kerana dikhuatiri situasi ini menular kepada masalah lain seperti kes rogol, berzina, menjalinkan hubungan seks bebas dan mangandung anak luar nikah.

2)         Hubungan Kekeluargaan Yang Semakin Renggang
Keburukan penggunaan aplikasi gajet juga dilihat menerusi hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Jika diperhatikan dengan jelas, kebanyakan masyarakat kita seolah-olah tidak mempedulikan perihal keluarga masing-masing. Mereka seakan-akan tidak mahu mewujudkan komunikasi yang harmoni bersama-sama keluarga. Contoh yang dapat dilihat apabila sebuah keluarga yang keluar makan bersama-sama, mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas. Keadaan ini tidak seharusnya terjadi kerana keluarga tergolong dalam kalangan orang terpenting dalam kehidupan kita. Perbualan yang terlampau kurang akan menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi sangat renggang dan menjauhkan jarak hubungan masing-masing. Situasi atau masalah ini akan menular kepada anak-anak sekiranya ibu bapa tidak tahu memainkan peranan masing-masing. Anak-anak berkemungkinan besar akan menjadi sangat tersisih dan menjadikan mereka individu yang pasif dewasa kelak. Hal ini tidak seharusnya berlaku kepada masyarakat kita kerana bimbang masa depan anak-anak bakal terjejas. Penggunaan telefon bimbit tidak salah tetapi haruslah bijak menggunakannya dan tidak terlalu lalai dengan kemajuan dunia sehingga melupakan perkara terpenting dalam hidup.

3)         Penyebaran Fitnah Atau Khabar Angin
Seterusnya, penggunaan aplikasi gajet boleh membawa kepada masalah penyebaran fitnah atau khabar angin.  Manusia tidak lari daripada menyuarakan sesuatu tidak kira sama ada perkara tersebut dianggap benar mahupun tidak benar. Berita mengenai khabar angin yang disebarkan kadang kala boleh menjatuhkan seseorang dan ini bukanlah satu perkara yang baik malah harus dielakkan. Penggunaan SMS sememangnya telah menjadi kaedah utama dalam menyebarkan khabar angin tidak benar atau fitnah terhadap seseorang. Cara ini dilakukan apabila seseorang menghantar kiriman SMS tentang khabar angin palsu mengenai seorang individu kepada individu yang lain. Kepada pihak yang mempercayai secara terbuka tanpa usul periksa akan menyebarkan kepada pihak lain sebagai bahan cerita tanpa bukti yang sahih. Ini akan memberi kesan negatif kepada individu terlibat atau pihak-pihak tertentu.

4)         Pembaziran Masa
Sesetengah pihak menganggap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja membazirkan waktu. Ramai pihak yang bersetuju dengan kenyataan ini terutamanya golongan ibu bapa. Telefon bimbit yang canggih mempunyai banyak kelebihan fungsi yang boleh melalaikan para pelajar. Masa mereka akan banyak dihabiskan dengan bermain ‘games’, melayari internet terutamanya Facebook dan Twitter, memuat turun lagu-lagu kegemaran, video, dan memuat naik gambar profil, berchatting dan berSkype. Waktu mereka yang terluang sepatutnya diisi dengan aktiviti beriadah, belajar dan meluang masa bersama keluarga namun kesan penggunaan telefon bimbit telah menyebabkan mereka membuang masa begitu sahaja. Kesan yang mendatang dapat dilihat menerusi kemerosotan prestasi pelajaran di sekolah anak-anak, ketidakhadiran di sekolah dan sukar memeberi tumpuan di dalam kelas.

5)         Pembaziran Wang
Penggunaan telefon bimbit bukan sahaja membazirkan masa tetapi turut menyebabkan pembaziran wang ringgit. Kebanyakan kita menggunakan kad prabayar atau pasca bayar untuk membuat isian semula kredit bagi memudahkan kita membuat panggilan, kiriman SMS, MMS atau melayari internet. Malah individu yang menggunakan kad prabayar ini tidak memperuntukkan jumlah tertentu dan hanya bergantung kepada kadar penggunaannya. Ada ketikanya kad prabayar bernilai RM50 boleh dihabiskan dalam masa seminggu. Semakin banyak kadar penggunaan semakin banyak kos yang dikeluarkan untuk menambah nilai kredit. Selain itu, terdapat juga kalangan individu yang gemar bertukar-tukar telefon bimbit. Mereka terlalu ghairah untuk memiliki pelbagai jenis telefon bimbit kerana kepelbagaian fungsi yang terdapat di dalamnya. Dalam pada itu, individu yang menukar telefon bimbit kerana ingin bergerak seiring dengan ‘trend’ semasa. Mereka tidak mahu dikatakan ketinggalan di belakang. Sesetengah pelajar sanggup menggunakan duit belanja untuk membeli telefon bimbit dan ada pula yang menggunakan biasiswa atau pinjaman yang diberikan. Keadaan ini akan merugikan mereka. Tambahan pula, individu yang gemar bertukar telefon bimbit mungkin ingin menunjukkan kepada rakan mereka. Walau apa pun yang kita lakukan perlulah diselaraskan dengan bajet dan kemampuan masing-masing kerana ianya boleh mendatangkan kesan negatif kepada seseorang individu.
  
6)         Menjejaskan Pelajaran
Bagi kalangan pelajar sekolah, penggunaan telefon bimbit selalunya mendatangkan keburukan di mana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan telefon bimbit. Ibu bapa yang tidak memantau aktiviti anak-anak mungkin tidak menyedari anak mereka terlalu leka berbual dan barbalas SMS. Ianya sekaligus malalaikan mereka terutamanya apabila telefon bimbit dibawa ke sekolah. Pelajar-pelajar sukar memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas kerana terlalu asyik bermain dengan telefon bimbit daripada mendengar guru mengajar. Tanpa disedari, keadaan ini telah menjadikan pelajar ketagih sehingga tidak mahu menyiapkan kerja sekolah. Kebenaran membawa telefon bimbit di sekolah menggalakkan lagi para pelajar untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik misalnya meniru sewaktu peperiksaan. Dengan adanya telefon bimbit para pelajar beranggapan bahawa mereka tidak perlu bersusah payah untuk menelaah buku selama berjam-jam dan bersusah payah untuk belajar sehingga lewat malam. Hal ini kerana dengan penggunaan telefon bimbit sahaja mereka dengan mudah untuk meniru sewaktu peperiksaan berlangsung. Kebenaran untuk membawa telefon bimbit harus dipertimbangkan oleh banyak pihak kerana ianya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

7)         Menjejaskan Kesihatan
Di sebalik semua perkembangan teknologi, ramai yang tidak mengambil serius terhadap kesan sampingan yang bakal dihadapi. Ramai yang menolak kebenaran berkenaan khabar angin yang mengatakan bermacam jenis teknologi mungkin mengancam kesihatan atau keselesaan hidup. Terdapat pula individu yang membuat pelbagai andaian dan bertindak melulu tanpa maklumat yang sahih. Bagaimanapun, dengan kurangnya kesedaran mengenai kesihatan diri maka kebanyakan individu menggunakan telefon bimbit secara tidak terhad. Para pengkaji telah membuat beberapa kajian yang melibatkan kesan penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan manusia misalnya penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan. Mata terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau lama pada skrin yang kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas SMS. Di samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Masyarakat zaman moden lebih banyak bergantung dengan pelbagai jenis teknologi kerana setiap pekerjaan menjadi mudah tanpa perlu bersusah payah. Kebergantungan terhadap teknologi seperti telefon bimbit mempunyai kebaikan dan keburukan. Selain itu, penggunaan telefon bimbit turut merisikokan nyawa seseorang daripada diserang tumor telinga akibat penggunaan telefon bimbit yang melebihi jangkaan sepuluh tahun.
Setiap daripada kita haruslah diingatkan supaya tidak terlalu obses dengan telefon bimbit kerana secara tidak langsung boleh memudaratkan diri sendiri. Mungkin ini adalah sebahagian daripada gaya hidup masyarakat kita yang mahu kelihatan tampak bergaya dan mengikut ‘trend’ namun hendaklah dilakukan secara berpada-pada supaya tidak mengabaikan keperluan lain dalam kehidupan seharian.

MANFAAT GAJET UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR


Manfaat gajet yang dibahas pada kesempatan ini kita tahu bahawa penggunaan gajet bagi pelajar, mahasiswa, pendidikan dan masyarakat umum sudah meluas di zaman yang serba moden ini maka saya berpendapat untuk membahaskan manfaat penggunaan gajet.

            Gajet sendiri merupakan sebuah inovasi teknologi yang memungkinkan manusia untuk melakukan sesuatu pekerjaan dikala terdesak tidak perlu bersusah payah untuk mencari laptop atau komputer, walaupun gadget belum sepenuhnya dapat menggantikan laptop atau komputer namun gajet memiliki manfaatnya tersendiri. Manfaat dari penggunaan gajet ialah:

1.         Memperlancarkan Komunikasi
Manfaat utama sebuah gadget adalah mempermudah atau memperlancar komunikasi yang memang tujuan utama gadget ini adalah untuk memperlancar komunikasi dengan seseorang tidak kira dekat mahupun jauh beribu batu. Aplikasi gajet ini tidak memerlukan waktu yang lama yang untuk menyampaikan pesanan.

2.         Mengakses Informasi
            Bukan gajet namanya jika tidak mampu memberikan suatu informasi kepada anda sebagai pemiliknya. Informasi tersebut dapat mempermudahkan anda untuk melakukan suatu aktiviti. Contohnya, jika anda sebagai mahasiswa, informasi tersebut boleh berupa update berita tentang program-program kampus dan perkembangannya.

3.         Wawasan Bertambah
            Wawasan yang bertambah merupakan manfaat gajet dari gabungan komunikasi lancar dan kemudahan informasi yang diperolehi. Kita tahu bahwa dengan komunikasi dan informasi merupakan salah satu unsur yang mendorong meningkatkan wawasan anda.

4.         Hiburan
Bukan rahsia lagi bahawa gajet juga bermanfaat untuk menghilangkan kepenatan anda melalui hiburan yang ditawarkan. Hiburan tersebut dapat berupa muzik, permainan, video dan perangkat lunak multimedia yang lainnya.

5.         Gaya Hidup
Memiliki gajet biasanya menjadi sebuah gaya hidup zaman kini, kerana selalunya seseorang memanfaatkan gadget ini hanya untuk memperkuatkan kepercayaan dirinya atau status sosialnya. Sisi lainnya supaya tidak ketinggalan trend terkini.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN APLIKASI GAJET DALAM INSTITUSI KELUARGA


1)         Memperbanyakkan Aktiviti Bersama Keluarga
Boleh juga dengan melakukan aktiviti yang sihat bersama anak anda seperti membuat kek bersama, menyiram pokok atau bersukan untuk mengurangkan lagi masa mereka dengan alat gajet. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Selain itu dapat memupuk nilai kasih sayang dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

2)         Menghadkan Aplikasi Gajet
Ibu bapa haruslah menghadkan penggunaan gajet ini kepada anak-anak dengan adakan peraturan di rumah jika ingin menggunakan gajet. Kaedah yang baik ialah merancangkan jadual masa. Contoh, ia dibenarkan untuk menggunakan alat peranti mereka pada hujung minggu atau semasa cuti, dengan syarat bahawa ia tidak  pada tempoh peperiksaan Oleh itu, serba sedikit masalah aplikasi gajet dapat dibendung.

3)         Sentiasa Mengawasi Perilaku Anak-Anak
Ibubapa juga perlu berhati-hati dengan apa yang anak-anak anda tonton atau berkaitan dengan alat gajet mereka gunakan, dan sentiasa menasihati mereka untuk tidak mendaftar di mana-mana talian/sosial media tanpa kebenaran. Tetapi pastikan ibu bapa sentiasa konsisten mengawasi masa anak-anak. Sebaiknya diajar pada usia muda mereka.

4)         Jadikan Gajet Sebagai Bahan Ganjaran
Selaku ibu bapa, anda boleh menggunakan kaedah ini untuk menyuruh anak anda melakukan sesuatu. Sebagai ganjaran, mereka akan diberikan masa untuk bermain gajet. Sebagai contoh, dengan membasuh kereta mereka mendapat 1 jam masa tambahan untuk menggunakan gajet. Di samping mengajar anak melakukan kerja-kerja rumah, anda juga turut dimudahkan.

5)         Menggunakan Gajet Sebagai Hukuman
Selaku ibu bapa yang bermurah hati memberikan gajet untuk anak-anak anda bermain. Jadi anda juga turut boleh mengambilnya semula. Jadi gunakan gajet ini sebagai hukuman. Sebagai contoh, sekiranya mendapat B dalam prestasi di sekolah, mereka tidak boleh bermain gajet untuk sebulan. Contoh lain adalah sekiranya mereka berlaku nakal, atau berkata kasar, andaboleh mengambil semula gajet sehinggalah mereka belajar tidak melakukan semula.

KESIMPULAN DAN SARANAN


Kesimpulan yang boleh dibuat adalah arus globalisasi yang tidak terkawal menyebabkan terjadinya perkembangan teknologi yang sangat signifikan. Manusia di zaman sekarang hidup di masa yang serba canggih. Dengan semakin tingginya ilmu pengetahuan yang ada, menuntut setiap manusia untuk mengimbangi hidup di antara perkembangan teknologi itu sendiri. Segala macam keuntungan yang diberikan teknologi memaksa manusia untuk mahu tidak mahu memilikinya. Justeru semakin canggihnya teknologi juga merubah pola pikir manusia menjadi serba infektif.

Dalam kehidupan seharian, tidak sedikit pun kita melihat manusia di mana-mana tidak lepas dari gajetnya. Hampir semua manusia di dunia ini memilikinya. Dari anak-anak yang masih tidak bersekolah sampai orang yang sudah lanjut usia juga memiliki gajet. Hidup manusia sekarang ini tidak terlepas dari gajet. Apalagi kecanggihan yang ditawarkan gajet sekarang ini semakin bertambah dan sangat cepat perkembangannya membuat gajet sudah menjadi keperluan primer manusia.

            Banyak dampak positif yang didapat dari penggunaan gajet, seperti menjadikan perhubungan menjadi lebih mudah dan praktik dari segi komunikasi, menambah banyak kawan dari segi sosial, dan juga menambah wawasan dan ilmu pengetahuan dari segi pendidikan.

            Gajet juga memberikan dampak negatif seperti dapat menyebabkan kerabunan, memudahkan rasa nasionalisme, menjadikan manusia menjadi apatis, sampai maraknya penipuan dan ketidakstabilan kondisi ekonomi keluarga akibat keinginan memiliki gajet.

            Saranan yang dapat saya berikan adalah kita sebagai manusia yang beradab dan berpendidikan, harus memanfaatkan gajet dengan sebaik-baiknya. Gajet hanyalah suatu alat yang memudahkan kita dalam melakukan sesuatu perkara, bukanlah sebuah alat yang harus kita junjung tinggi. Kita harus memilih mana keperluan yang paling penting bagi kita. Kita juga harus menilai suatu hal berdasarkan fungsionalismenya bukan berdasarkan trend atau gengsinya. Kita harus tetap waspada pada perkembangan gajet, nikmatilah perkembangannya, jangan menerapkan konsumerisme dan pilihlah mana-mana jenis gajet yang benar-benar kita perlukan. Seterusnya, tetaplah menjaga komunikasi secara langsung dengan sesama manusia. Ini hidup kita, kitalah yang harus menjaganya, tempatkanlah sesuatu pada tempatnya. Semua tergantung pada kita sebagai manusia bagaimana mengangani perkembangan gajet yang ada. Sehingga dampak positif dari gajet tersebut akan lebih menonjol daripada dampak negatifnya. Jadilah manusia yang tepat dalam menentukan skala prioriti keperluan kita sehingga menjadi manusia yang lebih berkualiti pada masa hadapan.

LAMPIRAN






SUMBER RUJUKAN


1)      Internet
aplikasi gadjet mempengaruhi nilai keperibadian institusi keluarga masa kini (4 Oct, 2016),

2)      Internet
Fa Hani ( 2 Nov, 2016), Langkah-langkah untuk menjauhkan penggunaan gajet kepada anak-anak anda.

3)      Internet
Muhammad Syahqiran (15 Aug, 2016), Komunikasi Dan Penyiaran Islam: Gajet mempengaruhi nilai keperibadian institusi keluarga.


4)      Internet
Syarul Azhar ( 12 Dec,2016), Keruntuhan institusi keluarga akibat penyalahgunaan gadjget.

5)      Internet
Prof Dr M. Swamenathan (8 Okt 2014 ), Dunia Digital: Kebaikan dan Keburukan Terhadap Perkembangan Kanak-kanak

https://mypositiveparenting.org/ms/2014/10/08/dunia-digital-kebaikan-dan-keburukan-terhadap-perkembangan-kanak-kanak/